Wednesday, 12 October 2011

Introduce me :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya adalah pendatang baru dalam BLOGGER ni. Saya sebagai budak baru belajar tolong-tolong dan sila-silalah bagi saya tunjuk ajar yang terbaik.

Anyway, sebelum saya membebel lagi panjang macam membebel dengan anak2 saudara saya, saya ingin memperkenalkan diri. Saya Norzila binti Diman. Tetapi lebih mesra dipanggil Zila. Orangnya comel(cehh, perasan sudah). HAHAHA.. Saya jenis manusia yang periang, tak suka marah tanpa sebab dan agak senang dijadikan teman baik sebab saya suka berkawan.

Well, saya berasal dari negeri yang dikenali dengan berbagai kaum etnik dan banyak suku kaum. Saya dari sabah. Oleh kerana, BLOGGER bersifat universal, saya terpaksa mengetepikan seketika pelat Sabah saya dan mencuba untuk menaip dengan melayu asli. Tapi kalau ada tercampur sedikit loghat sabah, minta dimaafkan.

Ya, saya mahasiswi. Saya mahasiswi tahun pertama kos Medical Lab Technology di Kolej Masterskill Metro Kota Kinabalu. Belajar tentang badan manusia memang mencabar. Banyak yang perlu dan harus di ingat dan dihafal. Benda jijik yang kita tak sangka kita akan pegang, akan tersentuh di kulit kita. Tapi ianya best dan mencabar. Saya sangat teruja dengan semua ini. Terima kasih kepada abang saya yang banyak menasihati saya mengambil kos ini berbanding dengan bidang kejururawatan.

Saya kalau masa yang lapang saya confirm tengok Tv. Tak kiralah apa juga jenis show pun. Orang USA cakap kalau kaki TV ni “PUMPKIN MAN” (sembarangan jak buat statement). Tapi tak apalah. Orang yang banyak tengok TV ni mesti banyak pengetahuan. (kunun). Yang penting jangan salah guna pengetahuan tersebut.

Apa lagi nak bagitahu ya?

Mmm.. Saya rasa sampai sini sajalah dulu...

Nanti...

Kejap...


Kenali saya dengan gambar ini. Kalau korang terserempak dengan saya, sila tegur-tegurlah ataupun hanya beri senyuman pun sudah cukuop bagi saya.

Okay, itu sajalah untuk kali ini. Sehingga kita bertemu lagi dihari dan waktu yang sama. HAHAHA.. Macam Kelab Disney Malysia pula. Baiklah, tangan aku pun dah penat ni. Wassalam.......