Friday, 16 August 2013

Kisah Minyak, Sumbu dan Jelita.

Assalamualaikum ^^

Semalam aku dengan rajinnya telah mencuci akuarium si Minyak, Sumbu dengan jelita.

Okay, berbalik pada diri sendiri, aku ni adalah manusia tahap gaban yang cintakan binatang. Apa jenis sekali pun. Termasuk sloth atau hariamau atau orang utan. Tapi ada juga jenis binatang yang memang agak geli sikit macam lintah, siput, pacat atau kumbang atau lebah dll. Okay, tutup cerita pasal diorang. Aku tak suka.

Berbalik pada Si minyak, sumbu dan jelita tadi. diorang ni ikan emas kecintaan beta. Baru beli sebelum raya tu dan sangat mencintai diorang ni. Minyak yang berwarna hitam sesuai sangat dengan namanya. Besar dan comel sangat. Dia suka berenang renang di tepian dan menyakat Sumbu dan Jelita. Selalu juga aku perasan yang Minyak ni seekor jantan sebab dia selalu kejar2 Sumbu dengan Jelita. Bukankah itu adat alam, yang jantan mengejar si betina? Kan kan kan kan?

*Minyak versi Google Images. Minyak tiada gambar sebab suka berenang renang ketepian.


Cuba imgine kan gambar di atas tersebut adalah Minyak. Minyak mendapat nama hasil daripada warna hitam seakan-akan minyak kotor yang tertumpah di lautan. Tengok, betapa kejamnya aku bagi nama yang bukan-bukan pada Minyak. Walau bagaimana pun, mengikut En. Google, ikan emas jenis minyak adalah ikan emas jenis Moor Hitam. Ianya baka campuran China dengan Jepun. Mata agak tersembul dan untuk menarik perhatian betina. Yelah yelah yelah. Gataiiii..

Okay, done with Minyak. Kita beralih pada Sumbu. Sebenarnya nama dia tercipta kerana mempunyai Sumbu di kepalanya. Umpama badak sumbu. Sumbu ni pun nakal juga suka berenang di tepian. Apa tidaknya, Minyak suka kejar dia. Warna Sumbu berbeza. Salutan kulit putih lagi banyak dari kemerahan. Ahh, susah mau explain. tengok gambar ni.


*Okay, ini bukan Sumbu. Insya Allah Sumbu boleh jadi gedabak macam ni.


Yang gambar diatas tu memang bukan Sumbu. Tapi Sumbu macam tu jugak lah. Cuma kuruskan sikit. Panjangkan ekor sikit dan berenang dengan lajunya. See, itulah Sumbu yang aku maksudkan. Okay. Sumbu ni kalau tidak silap dia ikan emas jenis Kepala Singa. Erkk, apa kena mengena badak sumbu dengan singa dengan Sumbu? Ianya disebabkan oleh Hud yang ada pada kepala Sumbu yang serupa dengan sumbu badak sumbu. Okay. jawapan serius fail.

So, beralih pulak pada Jelita. Jelita ini ala-ala gadis kampung yang datang ke kota untuk mencari sesuap nasi dari rezeki yang halal. Muka ayunya menjadi tumpuan pada kacak-kacak di kota. Bla bla bla bla.... Ish, Jelita versi Ombak Rindu betul. Okay, Serius. Sebab kenapa dia dinamakan Jelita? Sebab dia menarik hati. Tengok gambar di bawah.


*Ini Jelita bukan gambar sebenar.


Okay, Jelita mendapat nama keran kerlipan emas yang tidak boleh blah. Dia memang cantik. Tapi tak sure pulak aku yang dia ni jantan atau betina. Main namakan saja. Kalau dia jantan, ini semua salah Minyak. Siapa suruh dia kejar2 Jelita sampai aku ingatkan Jelita tu betina. Kan sudah menjadi adat dunia, yang jantan mengejar betina. Jelita pulak ikan emas jenis Ryukin. Dari Jepang katanya. Jauh merantau Jelita. Ngam betul Ombak Rindu kan?


Macam tu lah sedikit bibiografi diorang ni. Insya Allah, ada Allah bagi, aku tambah lagi hidupan air aku di rumah tu. Kali ni lain jenis. Lepas tu ada bajet lebih beli akuarium lagi gedabak, awesome, stylo. Ikan pun kasi banyak dalamnya. Nanti mau beli Nemo, Dory, Patrick, Squidworth, Jerung, Barakuda, Princess Ariel segala. Hahaha.



*Super Duper Modern Tank. Awesomeeeee!


*Boleh tumpang berenang sekali.


Owh, sebelum terlupa. Tahukah, memelihara ikan ni ada kebaikkannya. Nanti next2 entri aku cerita. Sabar okay. Tu #SayaObri sudah kamurang baca? Kalau belum silalah membaca di previous entri. Bagi komen sekali okay.

So, Sampai sini sajalah. Akhir kata, Sayangi hidupan air anda! ^^

Sekian, Assalamualaikum

Zila D. Tsugi.

Credit to: Mr. Google, Google Images dan Mr. Wikipedia.


Wednesday, 14 August 2013

Saya Obri #1 Pengenalan

Assalamualaikum.

Hai~ Okay lama sudah tiadk tertunai janji ku. Seingat aku satu tahun yang lalu lagi. Sorry T.T itu bukan di sengajakan.

Janji apa? Laa~ Tidak ingat? Tidak apa, Kamurang layan dulu ni Cerita. Tajuknya Saya Obri. Ini bab satu. Next aku update bab dua dan seterusnya. Okay, Bye!

Sekian, Assalamualaikum.

Warning! Ini mungkin ada isu sensitive kita di Malaysia ini. Pemantauan ibu bapa adalah dinasihatkan.