Hai~ Okay lama sudah tiadk tertunai janji ku. Seingat aku satu tahun yang lalu lagi. Sorry T.T itu bukan di sengajakan.
Janji apa? Laa~ Tidak ingat? Tidak apa, Kamurang layan dulu ni Cerita. Tajuknya Saya Obri. Ini bab satu. Next aku update bab dua dan seterusnya. Okay, Bye!
Sekian, Assalamualaikum.
Warning! Ini mungkin ada isu sensitive kita di Malaysia ini. Pemantauan ibu bapa adalah dinasihatkan.
Satu
Merenung gumpalan awan gemawan itu menarik minatku.
Cantik. Ianya macam gula-gula kapas yang menjadi kegemaranku dan juga menjadi
bebelan arwah ibuku yang tidak sama sekali ingin aku memakan gula-gula kapas
tersebut kerana takut suatu hari nanti gigi susu aku akan buruk. Dan masih
segar di ingatanku yang masa itu aku berumur tujuh tahun. Ya, alam penuh dengan
kenangan.
Semakin lama aku melihat tekun awan gemawan itu,
semakin mengantuk pula rasanya. Apalagi masa-masa ini adalah masa semangatku
yang semakin memuncak untuk tidur, memang kena sangat. Tak kisah dan tak malu
dengan Miss Wendy yang tengah membuang air liur dihadapan kelas menerangkan
penyelesaian masalah matematik itu. Dah aku memang terkenal dengan gelaran
'budak sengal' di kalangan guru-guru, memang dia sudah maklum, sabar sajalah.
Aku menguap. Membuka sebesar-besar ruang mulutku yang
kelihatan seksi ini. Memang buruk benar muka aku jika digambarkan. Jadi, aku
tak nak fikir pasal ini. Aku sudahpun menyembunyikan wajah yang sangat
disayangi oleh arwah ayah dan ibu dibalik tangan yang putih gebu yang tidak
mempunyai sebarang parut pun. Ku layan betapa sedapnya mataku yang sudah
tertutup rapat itu. Dan mulailah ingatan ku hilang dan segala-segala yang
terjadi tidak lagi aku sedari.
***
Aku melihat jam di tangan kanan ku. Menunjukkan waktu
ini adalah waktu rehat. Patut pun kelas aku senyap saja. Semuanya mungkin sudah
mengambil giliran untuk makanan yang tak berapa sedap di kafeteria sekolah.
Sebenarnya, memang sedap sangat. Tapi aku sengaja cakap tak sedap sebab, harga
sekeping sandwhich pun boleh mencecah sehingga tujuh ringgit lima puluh sen.
Lumayan bukan?
Tapi aku tak kisah. Aku ada bawa bekal dari rumah.
Sosej bersalut tepung goreng ayam, telur rebus dan kubis yang dicincang halus
bersama mayonis. Lagi sedap dari menu yang ada di kafeteria sekolah. Aku
selalunya makan bekal aku di bawah pokok yang aku gelar Pokok Kaunseling. Aku
mendapat idea menamakan pokok itu apabila aku yang sememangnya pelajar yang
penuh dengan masalah meluahkan masalah aku kepada pokok tersebut. Pokok itu
umpama Cikgu Siti Isma, cikgu kaunseling sekolahku.
Aroma kesedapan yang tersebar dari makanan yang telah
sejuk itu menambahkan lagi kelaparanku yang semakin menjadi-jadi. Aku mengambil
keputusan dengan memakan menggunakan tangan saja seperti selalu yang aku
lakukan. Tak rasa geli atau kotor pun. Makanan aku juga bukan makanan orang
lain kan? Selama aku makan dengan tangan yang tak tahu kadar kebersihan ini,
tak pernah juga aku cirit-birit atau sembelit. Mungkin antibodi aku kuat atau,
segala bakteria dah jadi kawan kepada badan aku? Mungkin juga. Yalah, aku
bukannya ada kawan. Kalau musuh, memang ramai.
Kalau nak disenarai hitam putih segala musuh-musuh
aku, memang tak cukup kertas. Aku memang dikenali sebagai musuh pihak sekolah,
pelajar sekolah dan juga mungkin musuh kepada jiran sebelah rumah aku. Ada yang
aku kenal ada juga yang aku langsung tak kenal. Nasiblah musuh aku tak ada anak
perdana menteri, kalau tak, mesti aku jadi musuh negara.
Cikgu Asnalina, cikgu disiplin yang paling digeruni
sekali di hati pelajar disekolah ini. Kalau dia bercakap atau bertutur, macam
ada sebuah jampi yang menyebabkan segala otot mengejang. Aku gelar dia,
Gingerbread Witch. Kalau mahu kenal dengan lebih, mungkin aku harus mengkaji
semula cerita Hansel & Gratel. Aku bukannya tidak suka dengan cikgu
Asnalina tapi dia yang membenci aku sesungguhnya. Kiranya aku sekarang ini
pihak yang teraniaya. Dia sememangnya tahu aku budak sengal. Budak yang selalu
datang lewat, tak pakai baju sekolah dengan betul, selalu tidur dalam kelas,
kerja rumah tak pernah buat jauh sekali kalau mahu buat nota, kadang-kadang
ponteng sekolah.
“Tak ada ubat ke yang boleh buat sengal kau ni hilang?
Kau tahu tak? Cikgu dah benci sangat tengok muka kau saja. Kalau ada anugerah
pelajar paling bermasalah disiplin, cikgu rasa kaulah sesuai jadi pemenang.”
teringat kata-kata nista yang pernah disembur oleh cikgu Asnalina kepada ku
suatau masa dahulu.
Aku pun kurang pasti dengan cikgu Asnalina ini. Aku
mungkin budak sengal tapi aku bukan budak kurang ajar mahu mampus. Aku taklah
lawan cakap cikgu. Aku tak ada kes merokok atau masalah jenayah bawah umurdan
aku juga bukanlah pelajar yang mencuri kertas soalan peperiksaan. Tapi yang aku
hairan, kenapa aku menjadi musuh ketatnya sedangkan banyak lagi budak lain yang
boleh dijadikannya musuh. Dunia memang tidak adil.
Lim Chin Han, ketua kelas. Budak cina yang paling
menyampah aku pernah tengok. Chin Han orangnya mudah. Dia paling suka menang.
Selalunya tak ada seorang pun pelajar di kelas ingin menandinginya. Termasuk
juga aku. Tapi itu tak apa. Manusia yang hebat memang akan mempunyai sifat
bersaing yang tinggi. Chin Han mempunyai kelebihan itu. Yang aku tak suka pasal
mamat cina seorang ini, ialah dia suka menokok tambah pasal aku. Apa lagi dia
yang selalu mengada-adakan cerita dengan guru kelas. Memang jahanam. Pernah
sekali seorang pelajar telah kehilangan duit. Chin Han memanglah manusia
pertama yang menundingkan jari telunjuknya dengan aku. Memang biadap. Aku
mati-mati tak mahu mengaku sebab aku memang tak ambil. Kes itu berlanjutan
selama dua minggu. Dan akhirnya, pelajar itu memberitahu bahawa dia telah
menemui duit tersebut.
“Kau ingat kau menang? Perang belum berakhir!” Chin
Han memang pernah mengugutku untuk memulakan perang. Tapi aku buat bodoh saja
masa itu sebab aku tak mahu jadi macam dia. Terlalu ingin memang sehinggakan
dia tidak sedar dia dikuasai oleh egonya.
Qistina, Trisha dan Bella. Tiga sahabat baik yang
memang menjadi musuh sebati dalam diriku. Sehari mereka tiada mengejek ataupun
menghina aku, tidak sah rutin harian aku. Mereka terkenal sebab mereka anak
emas sekolah ini. Mereka adalah anak-anak kepada pemilik syarikat besar yang
membiaya sekolah ini supaya terus beroperasi. Kalau mungkin mereka tidak bersekolah
disekolah ini, mungkin sekolah ini taklah jadi macam ini. Antara sekolah yang
mempunyai infrasturktur yang canggih.
“Well, ini dia si budak sengal kita, Trish. Dia tengah
makan agaknya?” Aku mengurut-urut dada. Terkejut dengan kedatangan tiga bidadari
dari neraka ini menyapa ku. Panjang umur. Baru saja aku bermonolog tadi.
Aku meneruskan makanku. Biar aku teka. Lepas ini dia
orang mesti cakap aku makan ikan masin yang dibeli di Pasar Tani Lorong
Sembilan.
“Macam biasalah, Qis. Dia kan selalu makan ikan masin
yang dibeli kat Pasar Tani Lorong Sembilan.” Tepat tekaan aku. Memang pun
mereka akan cakap benda-benda yang sedap ini kalau mereka jumpa aku tengah
makan di bawah pokok kaunseling ini.
Mereka beredar dengan gelak ketawa yang sangat
menjengkelkan. Tapi aku tak kisah. Malas aku mahu melayan karenah kurang matang
tiga ekor monyet betina yang perasaan bagus sangat.
Sebenarnya memang mereka bagus pun. Qistina atau lebih
dikenali sebagai Qis adalah ratu Skuasy sekolah. Sudah berkali-kali dia memenangi
pertandingan skuasy bawah lapan belas tahun peringkat negeri. Aku rasa dia
mempunyai tiga buah almari untuk meletakkan piala dan segala penghargaan yang
diberikan. Memang mengagumkan.
Lain pula cerita pada Trisha atau Trish. Gadis tinggi
lampai dan berpewatakan seksi ini sangat dipuja dalam bidang lumba kereta.
Dengar kata dia mulai belajar memandu kereta seawal umur tujuh tahun dan mulai
belajar berlumba kereta setelah tamat tahun enam. Membawa pulang piala bersalut
perak dan wang tunai tiga ratus ribu ringgit kerana memenangi perlumbaan kereta
tahun lalu. Aku dengar kata orang lagi, dia menghabis duit dengan membuat
pembedahan plastik pada pahanya supaya lebih kelihatan seksi dari sebelumnya.
Aku sangat bersimpati dengan budak Trish ini. Masih muda dah ketagih dengan
plastic surgery.
Bella atau Bell. Dia manis orangnya. Cuma selalunya
dia terpengaruh dengan tabiat dua ekor monyet betina itu. Dia mungkin
diperlukan oleh Qistina dan Trisha sebab dia adalah seorang usahawan yang
sangat berjaya. Bella adalah ahli seni yang genius yang telah di iktiraf oleh
seluruh muzium negara. Tangan magisnya yang mereka pasu seramik seperti pasu
seramik purba sangat mendatangkan keuntungan dan juga kebaikan kepada Qistina
danTrisha. Dengan erti kata lain, dia tidak berharap pada kekayaan bapanya
semata-mata. Dia sudah pun boleh berdiri dengan diri sendiri.
Sosej, telur goreng dan kubis cincang sudah pun habis
aku jamah. Bekas bekal ku tutup rapat. Tak sangka resepi yang gila-gila macam
begini pun boleh jadi sedap. Kembali aku melihat jam tangan. Kira-kira ada lima
belas minit lagi waktu rehat akan tamat. Tanpa berlengah aku bangun dari tempat
duduk. Menjalankan lagi rutin harian iaitu tidur di meja sehingga waktu rehat
tamat.
No comments:
Post a Comment