Sengaja nak bagi bil elektrik naik dengan mendadak, lampu rumah biarpun sudah terang benderang tapi belum ditutup. Hahaha~ merepek pepagi....
Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
Disaat kawan2 aku pada FB banyak yang menyambut hari lahir pada bulan mac yang berbahgia ini, termasuk cik yang cumel dan menawan budi pekerti ini memang kena dengan soal kawen. buat adik yang masih mempunyai perjuangan yang belum selesai, sila baca tapi jangan masukkan kedalam long-term pada otak ya...
Seperti orang2 lain yang telah pun mencecah umur cik yang cumelo ni mesti dan tidak akan terlepas dari berfikir dari soal perkahwinan yang sangat popular zaman sekarang ini. tahulah, umur suda mencecah 21 tahun. semua jari di badan dah tak cukup mahu kira itu umur. tua memang tuaa taapi still cumelo.
Pasal kawen ni satu hal. sudahlah sekarang ni still study dan belum puas hidup membujang. ditambah lagi Mr.D selalu berpesan, cari laki yang baik budi pekertinya, yang ada didikan agama, yang cintai gadis cumelo ini sampai akhir hayat, yang hensom, yang kaya, yang ada rumah besar, yang tahu jaga isteri, yang tahu masak dan kemas rumah, yang.... ayat yang lain tu, Mr.D tak penah cakap. aku jak yang memandai.
Fuh, memang susah sebenarnya apalagi zaman sekarang ini yang memang banyak lelaki buayo, tokek dan sang kancil. Kalau jumpa laki, yang suka seksa bini sendiri, dera, psiko dan ancaman, Kalau tak jumpa laki macam tu, jumpa plak lelaki yang suka tukar2 pasangan sampai dpat penyakit SID. tiba2 jak ada disyaki pulak ada trichomonas vaginalis. Adeh... tak jumpa lelaki yang macam tu, jumpa lelaki yang depan muka suci mengalahkan cupid, pijak semut tak mati semut tu, pukul lalat, lalat sempat ngejek dengan dia lagi. tapi kalau di belakang, YA ALLAH. rupanya dia seperti raja penipu. Pasang 4 tapi tak tahu dia mampu ke bagi nafkah zahir batin yang mencukupi dan adil.
Itu satu isu, ini satu isu. DUIT! tak ada duit susah nak kawen beb. Orang kata kalau takda duit apa pun tak jadi. walaupun aku ni pempuan yang agak cumel, dan akan dipinang dan akan mendapat duit hantaran tapi, masih aku terfikir, dengan harga petrol yang melambung naik sekarang ini, of course harga minyak masak juga akan melambung naik. ayam, saging, bawang, tepung, beras pelamin, pinggan mangkuk, band, etc. dengan keadaan aku yang belum mempunyai apa2 pekerjaan ini. yang still kena tanggung oleh Mr.D, abang sulong and abang Fendi. Siapa cakap pempuan tak ada keluar bajet? Well, dulu2lah mungkin kawen ala kadar. asal sampai niat. tapi sekarang lain kot. sekarang kalau kawen tak perfect, tak sah. pelamin kena dua tiga buah, katering kalau boleh makanan ala2 hotel 5 bintang, band macam band dari Mexico, tak masuk lagi souvenir, mak andam, sewa kerusi pe suma. ini kawen kampung, kalau kawen kat hgotel ke apa, memang mampus bakal laki. sebab tu pempuan kena keluar bajet. cian pada yang dicintai.
HUH! patut pun orang yang nak kawen ni stress gila. mana lagi nervous gara2 nak akad nikah. lain memang lain rasanya dari semua. rasa jatuh cinta dulu2 pun tak macam tu. rasa mula2 date pun tak macam tu. apalagi orang kawen kerana dijodohkan oleh kedua orang tua. macam di drama2 tu. nangis gila diaorang kan? kalau aku macam tu, confirm aku pakai kasut lari dari rumah.
Kawen memang susah, tapi ianya pahala juga. selain dari mengelakkan dosa dan maksiat, boleh sama2 bina istana impian. walaupun agak susah pertamanya sebab selalunya tidur bersendiri kali sudah berteman. kalau makan selalunya baca doa sendiri2 sekarang ada orang bacakan. kalau solat buat takbiratul ikhram dalam hati tapi kali ini ada pulak yang imamkan. selalunya cuci baju seminggu sekali, tapi kali ini cuci baju hari2 sebab kalau seminggu confirm tangan melecur. aku cakap macam aku ada pengalaman saja. adehh...
Tapi apa salahnya mencuba benda yang baru itu kan? biarpun mencabar sebab selama ini tak masak, kini dah masak pulak. sebelum ni tak lipat baju, kini lipat baju sampai belajar dari pempuan cumel kat kedai2 baju amacam mau lipat macam baju kat kedai tu. benda yang menjadikan si suami menyanyangi isterinya bertambah-tambah setiap hari. bahagianya kalau macam tu kan?
So, sekarang mau kawen lagi atau berubah fikiran? atau still mau study or mau kerja dulu? terpulang kepada individu masing2. kawen adalah perkara baik. kalau rasa sudah sedia, menjadi isteri/suami yang baik. sudah siap sedia menjadi menantu yang baik. sudah siapa menmbimbing suami/isteri ke jalan Allah, sudah siap menjadi ayah/ibu, Insya Allah. Kawenlah kerana ianya benda yang baik dan jangan diperlengahkan.
Until then, Wasalam..
[zila tsugi]
No comments:
Post a Comment