Tuesday, 22 November 2011

Thanks To Akira Toriyama ^^


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni aku tulis blog dengan penuh rasa best gilak sampai boleh senyum sendiri2 depan Kuserasera aku ni(nama notebook aku). Well.. tajuk diatas bukan direka2. Ianya memang tajuk yang sebenar2 aku nak mention kat sini.
THANKS TO AKIRA TORIYAMA yang bermaksud TERIMA KASIH KEPADA AKIRA TORIYAMA. Ala, aku buka MR. Google tadi. Aku bukannya pandai translate2 ni pun. (muka bajet pandai) Okay, sebab apa aku nak berterima kasih kepada orang yang aku tak berapa nak sure dia kenal aku atau tak ni sebab, dia dah lukis satu karekter kartun yang buat aku rasa...(tak tahu apa perasaan murni ni.. ceh!) mungkin rasa bermotivasi kot. Andaikan macam tu sajalah.
Karekter kartun yang menambat hati jiwa dan ragaku itu ialah... bukan SONGOKU (Gokuson, versi english) ataupun Bulma. Dia adalah ARALE CHAN. (bukan anak Jackie Chan plak) Karekter kartun robot yang dicipta oleh DR.Slump(seorang Profersor yang perasan macho dan hebat).
Budak Arale ini, cute tahu. Dia macam manusia walaupun dia robot yang setiap kali bangun dari tidur kepala dia akan tercabut dari badan dia.(HAHAHA.. aku tengah membayangkan benda bodoh yang di buat si Arale) Dia selalu pakai spek mata bulat dan besar, kalau tak, dia tak nampak apa yang ada didepan dia (Robot boleh rabun) hebat betul ciptaan DR.Slump kan?
Kalau korang nak tahu macam mana budak Arale ni, korang tengoklah channel adik korang, channnel CERIA di 611 pada 10 A.M. Aku nak tengok korang gelak sampai tak kat Sabah korang punya suara tu. Tapi kalu tengok kat YOUTUBE aku rasa tak payahlah. Tak ada yang ada subtitle melayu. Yang ada cuma jepun saja. Aku dah cari merata tempat. By the way, kalau korang jumpa web lain yang boleh tengok Arale, korang bagitahu aku okay.
Well, ini sajalah buat ketika ini. Sebelum berpisah, aku nak bagitahu korang satu rahsia Arale yang aku rasa pelik sampai sekarang. Arale ni suka dengan raksasa.(HUH? Kenapalah tak suka dengan Robert Pattison jak?) percaya atau tak? Tapi tak apa, dia kan robot juga. Sebab tu taste dia pelik sikit. So, aku nak chao dah ni. Apa yang baik tu korang teladani lah okay. Yang buruk korang buang jauh. Thanks to you all and thanks to Akira Toriyama too. So long and Assalamulaikum.. :3


Saturday, 19 November 2011

SAYA KAWAN 'REAL' ANDA

Kawan?
Apa itu kawan?
Korang ada kawan tak? Berapa banyak kawan korang ada? Beribu? Berjuta? Whoah, banyak gila tu. Kawan kat FB korang ada berapa orang Friends? Aku sikit jak. Setengah ribu jak. Tapi, dalam beribu2 ataupun berjuta2 kawan korang tu, berapa ramai kawan korang yang real kawan punya? Well, maksud aku yang tak pernah tikam korang dari belakang? Yang tak hipokrit? Yang kalau korang nangis time tengok wayang, dia pun join sekali? Yang Kalau korang buat benda lucu nak mampos  dorang gelak juga sampai nak mampos? Yang apa lagi ya?
Aku tak tahulah pesal aku mention pasal kawan pada umur aku macam ni? Dah cukup besar kata orang. Kalau kahwin mesti dah dua anak. Tapi sayang tak kahwin2 lagi. Tak apalah. Okay, fokus kepada cerita kawan.

KAWAN? Kalau aku tak salah, (aku confirm betul) ianya bermaksud, seperti MR Google. Maksud aku internet gitu. (paham2lah kawan) Sebab kenapa aku cakap macam tu? Sebab, Kalau kita nak cari suatu benda yang important gila sebab kita kena hantar tesis atau assignment esok pagi, tempat kita bersandar mencari maklumat. Tolong kita cari benda yang kita tak tahu dimana kita perlu cari. Tolong kita translate bahasa jawa ke bahasa purtugis. So, macam dialah tempat kita mengadu time kita susahkan. Kalau dah siap tu, dah kena puji oleh lecturer macam..
      "Well, bagus betullah kerja kamu ni Zila. Prof. bagi A+"
      "Sudah tentu. Thanks to Mr Google my real bestfriend."
Nah, siap puji lagi. Ada juga mention nama diakan? Tak ke bangga dia kalau macam tu? By the way. Jangan salah faham pulak part yang "important gila" itu buka part time susah baru nak cari kawan. Kalau lapang pun, kita still surfing the Google, iya kan?

Kawan juga kadang2 macam Facebook. sebab kenapa? Tahukah anda sedar atau tidak sedar, kawan2 anda adalah tukang komen paling best sedunia. Macam juga FB kan? Kalau kita buat stasus ada yang komen ada yang like. kalau kita buat status macam gila babek mesti ada yang komen macam gila babek juga. Sebenarnya komen2 itu adalah membina kita supaya lebih matang dan berfikiran secara waras. Mcam kawan juga, Kalau kita pergi try baju sebab nak beli baju macam Fasha sandha. Dia mesti cakap macam ni..
      "Zila, wei.. ko jangan lah beli baju macam gila babek ni"
      "Ala, ini kan trend orang sekarang. trend Fasha Sandha ni. Aku kena ikut."
      "Tahu tak Fasha Sandha tu 'TUT'. Kalau ko ikut trend dia, aku takut pulak ko yang macam tu."
Well, itulah kawan aku. Dia macam FB. Komen jak kerja dia. Tapi kalau dia cakap dia suka, dia cakap sekali saja. Sebab tak boleh tekan 'like' dua kali.

So, kawan korang ada berapa sekarang? Kalau masih berjuta? Im sure its a true friend in you. Saya ada sikit saja. Anyway. Thank for reading. Aku tahu kita dapat sikit2 manfaat. Aku dapat release tension yang tengah kecewa pasal kawan ni, Korang dapat tahu definisi kawan itu bagi aku apa? Yang penting sekarang Hidup mesti diteruskan. Assalamualaikum dan Sekian...

http://www.youtube.com/watch?v=NYALZbrZqwc