Saturday, 19 November 2011

SAYA KAWAN 'REAL' ANDA

Kawan?
Apa itu kawan?
Korang ada kawan tak? Berapa banyak kawan korang ada? Beribu? Berjuta? Whoah, banyak gila tu. Kawan kat FB korang ada berapa orang Friends? Aku sikit jak. Setengah ribu jak. Tapi, dalam beribu2 ataupun berjuta2 kawan korang tu, berapa ramai kawan korang yang real kawan punya? Well, maksud aku yang tak pernah tikam korang dari belakang? Yang tak hipokrit? Yang kalau korang nangis time tengok wayang, dia pun join sekali? Yang Kalau korang buat benda lucu nak mampos  dorang gelak juga sampai nak mampos? Yang apa lagi ya?
Aku tak tahulah pesal aku mention pasal kawan pada umur aku macam ni? Dah cukup besar kata orang. Kalau kahwin mesti dah dua anak. Tapi sayang tak kahwin2 lagi. Tak apalah. Okay, fokus kepada cerita kawan.

KAWAN? Kalau aku tak salah, (aku confirm betul) ianya bermaksud, seperti MR Google. Maksud aku internet gitu. (paham2lah kawan) Sebab kenapa aku cakap macam tu? Sebab, Kalau kita nak cari suatu benda yang important gila sebab kita kena hantar tesis atau assignment esok pagi, tempat kita bersandar mencari maklumat. Tolong kita cari benda yang kita tak tahu dimana kita perlu cari. Tolong kita translate bahasa jawa ke bahasa purtugis. So, macam dialah tempat kita mengadu time kita susahkan. Kalau dah siap tu, dah kena puji oleh lecturer macam..
      "Well, bagus betullah kerja kamu ni Zila. Prof. bagi A+"
      "Sudah tentu. Thanks to Mr Google my real bestfriend."
Nah, siap puji lagi. Ada juga mention nama diakan? Tak ke bangga dia kalau macam tu? By the way. Jangan salah faham pulak part yang "important gila" itu buka part time susah baru nak cari kawan. Kalau lapang pun, kita still surfing the Google, iya kan?

Kawan juga kadang2 macam Facebook. sebab kenapa? Tahukah anda sedar atau tidak sedar, kawan2 anda adalah tukang komen paling best sedunia. Macam juga FB kan? Kalau kita buat stasus ada yang komen ada yang like. kalau kita buat status macam gila babek mesti ada yang komen macam gila babek juga. Sebenarnya komen2 itu adalah membina kita supaya lebih matang dan berfikiran secara waras. Mcam kawan juga, Kalau kita pergi try baju sebab nak beli baju macam Fasha sandha. Dia mesti cakap macam ni..
      "Zila, wei.. ko jangan lah beli baju macam gila babek ni"
      "Ala, ini kan trend orang sekarang. trend Fasha Sandha ni. Aku kena ikut."
      "Tahu tak Fasha Sandha tu 'TUT'. Kalau ko ikut trend dia, aku takut pulak ko yang macam tu."
Well, itulah kawan aku. Dia macam FB. Komen jak kerja dia. Tapi kalau dia cakap dia suka, dia cakap sekali saja. Sebab tak boleh tekan 'like' dua kali.

So, kawan korang ada berapa sekarang? Kalau masih berjuta? Im sure its a true friend in you. Saya ada sikit saja. Anyway. Thank for reading. Aku tahu kita dapat sikit2 manfaat. Aku dapat release tension yang tengah kecewa pasal kawan ni, Korang dapat tahu definisi kawan itu bagi aku apa? Yang penting sekarang Hidup mesti diteruskan. Assalamualaikum dan Sekian...

http://www.youtube.com/watch?v=NYALZbrZqwc

No comments: