Sunday, 12 February 2012

Kebosanan yang memanjang dan gigi yang cantik [2 in 1]

*sigh

Memang sebenarnya tidaklah manis jikalau mengeluh. Apalagi anak dara macam aku ini. Mak aku confirm jeling semacam mau makan aku. Tapi kerana kebosanan tahap dewa bosan ini, dengan tiada benda lagi mahu dibuat, confirm jugalah aku mengeluh.

Assalamulaikum dan selamat petang. (jam menunjukkan 5:48 pm)

Update status di facebook, wall-walking, stalk profile kawan2 kat facebook, buka akaun Twitter kejap, Blog-walking lagi, download movie dan lagu segala, dan ahkirnya berbalik lagi dengan update status di facebook seterusnya macam begitu lah sampai ke masa ini. Itu aktiviti aku di alam maya. Kalau di realiti ini pulak macam rasa kena Inflammation dekat bontot aku ni. Duduk memanjang. Dari pagi ke petang. Kalaulah kerusi ini pandai bercakap, mesti dia cakap "Kau boleh duduk kat kerusi lain ke? Muka aku ni dah panas kena bontot kau seja!"

Actually, This weekend memang banyak boring dari menyeronokkan. Assignment memang banyak tapi 70% daripadanya sudah pun siap. Yang lain tu, nantilah buat. Lagipun dateline pun masih lewat lagi. And bebalik dengan cerita kebosanan yang terlampau ini, aku teringat pulak anak2 buah aku yang empat orang di kampung halaman aku yang kira 3 ratus lebih kilometer jauh nun di sana.

*budak2 over exciting~

Budak lelaki yang memakai baju putih, membuat sign "peace" yang tak jadi pada pipi itu adalah MOHD ERWAN ERWADI atau lagi dikenali sebagai Ewan. Aku panggil Erwadi. Tak glamaur lah Ewan. Dia anak pertama abaang sulong aku. Dia ini agak lasak sikit. Benda yang taak ada cabaran dia tak sentuh. Dia tak suka dengan main game komputer atau berkaitan dengan benda2 yang tidak mendatangkan peluh. Believe or not, dia suka memancing dan berusaha keras untuk menjadikan ikan memakan umpannya. Aku solute dengan budak umur 9 tahun ini. Dia sudah pandai berenang melawan arus sungai sejak umur dia 6 tahun. Aku mulai pandai berenang pun umur 11 tahun. Aku kalah!

Budak lelaki yang kedua itu, yang memakai baju warna kuning itu adalah anak ketiga abang sulong aku. Nama dia MOHD SHAFIZAN. Nama dia agak ringkas sikit. Kita oarang se'famili panggil Pijan. Tak glamour tapi 'ngam' betullah dengan orangnya. Dia yang sedikit agak nerd sebab, belahan rambut dia belahan tepi. Dia tak suka rambut pacak2 segala. Muka dia yang sweet menjadikan dia anak yang soleh dalam adik beradik dia orang ini. Tak berapa nakal tapi kalau menangis mahu saja aku pergi buang di laut. tension! Dia berbeza sedikit dengan abang dia. Prestasi dia di sekolah lagi bagus daripada adik beradik dia yang lain.Tapi dia orang ini masi kecil. Masa depan belum nampak lagi kan?

Budak perempuan yang memakai baju warna soft pink yang agak gedik itu, Namanya NUR ERFAH SYAZRINA. Anak kedua yang sangat gedik. Kata mak aku, dia ini ikut perangai auntie dia. Aku lah tu (=.="). Gedik ke? Mungkinlah dia ini agak macam aku sedikit sebab tak tahu macam mana nak described sudah. Mungkin dia suka menyanyi kot. Hahaha. Tapi yalah aku akui dia memang banyak cakap macam aku. Agak bibir sedikit. Pemalu pun ada juga. Pemalu ke?

And the last but not least is NUR ERLEYA ATHIRA. Budak perempuan di belakang 3 orang ini. Dia ini sweet. Mata bulat besar macam mata aku. Kadang2 aku bajet kecilkan mata supaya nampak macam awek korea sikit. Hehehe. Aku gelar dia ini 'budak lolipop' sebab dia boleh makan 10 hingga 15 batang lolipop dalam masa sehari. Memang marah meradanglah aku kalau nampak dia makan lolipop macam tu. Apa tidaknya, gigi yang cantik jadi macam begini-

*anak siapa ini? pinjam gigi kejap ya~

Ha, macam itulah gigi dia. Ini kali aku menang. Gigi aku tak macam diaorang adik beradik. Semuanya ala2 orang makan batu hari2. Tengok aku.

*paling manang*

Aset utama ialah gigi. En.D cakap, kalau gigi sihat, dalaman pun sihat. Tengok oranglah. Biarpun gemok, tapi sihat wei~ Jangan jeles okay.

Well, apa2 pun bersyukurlah dengan pemberian Allah. Apa yang diberi jangan disia2kan. Ada hikmah sebalik ciptaannya. 

Akhir kata,

May Allah blessed our past and future!

Thanks for reading and Wasalamm~

Sailormoon super saya,
Zila Tsugi

No comments: