Saturday, 11 February 2012

PELAN2 HARI INI

Begini. Hari ini aku malas sangat hendak menghadirkan diri ke kelas kerana hati yang berkecamuk ala2 orang putus cinta cam begitu. Bukan apa, aku masih lagi agak rasa stress mengalahkan wakil rakyat mencari strategi untuk menarik pengundi2 pada pilihan raya akan datang. Ya2 juga menarik perhatian macam begitu kalau kerajaan ishtihar mahu memilih wakil rakyat baru. Kalau tak, wakil rakyat yang hensom ala2 Arnold tak tahu nak eja tu hilang entah kemana. Seriously, aku bukan anti-Malaysia tapi kenyataan yang berlaku kat kampung aku.

Oleh kerana hari ini tiada seorang pun kawan serumah aku pergi ke kelas, semua jadi PAK TURUT ikut2 aku tak pergi kelas, jadi semua orang di rumah yang indah ini menjadi sangat2 bosan sampai ada yang nyanyi kuat2 sampai abang kat blok sebelah senyum ngejek suara sumbang mahu mampus macam katak memanggil hujan. See, dah hujan dah pun. Lantaklah! Asal hilang tekanan yang membosankan ini.

Gara2 sakit perut sebab makan nasi goreng ayam yang di tempah dari blok mana, terbangun awal aku akibat alarm untuk menyuruhku ke tandas pepagi buta. Memang bangang jugalah sebab time2 aku mimpi "abang farmasi" bagi no phone dengan aku, tiba2 macam kena rabak pulak usus besar aku ni dengan pisau rambo. Cuba bayangkan benda ngeri gila ni pergi rabak2 perut korang. Matilah jawabnya.

Oleh kerana memang terbiasa tak akan dapat melelapkan mata setelah ianya terbuka luas, biar mengantuk macam mana pun, walau tido pkul 3 pagi pun tetap akan bangun awal pagi. Sebabnya kenapa? Semua ini terbiasa dengan tabiat En. D yang mendisiplinkan anak2nya dengan mengajar supaya bangun sebelum ayam berkokok sebab time tu, malaikat rezeki banyak mundar-mandir depan pintu dengan jendela rumah. Kalau tak buka amacam dia mau masuk? Dan ada lagi satu sebab aku kenapa akan bangun awal sebab? En. D siram dengan air anak dia siapa yang bangun lewat. (macam sowt aku punya ayat ni woh~) So, kami 3 orang adik beradik adalah merupakan generasi WAJIB CONTOH disebabkan ketegasan En. D dalam mendidik kami ber'3. Dan percaya atau tidak, aku adalah mahkluk yang suka membuka jendela di rumah ini sebab aku percaya malaikat rezeki sedang mengetuk meminta buka jendela untuk dia masuk dan menyediakan sarapan pagi. HAHAHA~

Keluar sahaja dari pintu bilik sambil membawa kuserasera untuk menemani aku diluar nanti, kelihatan wajah kesayangan orang yang sayang dia iaitu KRISTINAH sedang membuat assignment. Terfikir sendiri. Sejak bila dia ini jadi manusia yang paling awal bangun ini? Tapi tak apa, dia tido pun semalan lebih kurang awal dengan si VIANNEYATO tutup pintu bilik.

Inilah aku tak paham2 dengan kawan serumah aku ni. Dia orang tak suka betul membuka jendela yang bersebelahan dengan meja makan yang setakat satu langkah boleh sampai memegang sliding jendela ini. Alasan dia orang. Lelaki disebelah yang sudah berbini itu suka pandang2 kesini. Adui, Tak apa. Kejap lagi poket kosong tak ada duit, berkulat, baru mahu buka jendela besar2. (aku bukan juga mahu tengok lelaki yang sudah berbini itu ya. Tapi cuma mahu jemput masuk rezeki sahaja)

Pelan hari ini memang mahu jalan menukar boucher buku 1M tu sebab aku ada 3 keping lagi. sekeping aku suda tukar dengan buku tulis, kertas warna, pen, pensil warna, pemadam pen yang mesra alam punya (untuk pengetahuan semua harga dia RM7.50. mahal siot! kalau duit aku, confirm kena letak balik) dan majalah EH! Itu pun sekadar mahu menyempurnakan RM50 itu. So, aku ada 3 keping lagi. Pelan memang mahu beli novel, majalah dengan AL-KITAB LAWAK KAMPUS. HAHAHA, bagus sangatlah kan? Kerajaan bagi kemudahan beli apa tentang pelajaran tapi pergi joli dengan beli benda yang "berfaedah" ini. Oppsss! SORRY~

Keinginan mahu makan ayam goreng pedas dari toko makanan segera juga menjadi sebab kenapa mahu berjalan. Aku sudah tiga minggu tidak menyentuh ayam KFC pedas tersebut. Jadi aku sangat2 merinduinya. So, tercipta alasan kenapa mahu jalan keluar. Kena2 lagi aku belum makan tengah hari ni, saliva gland aku banyak mengeluarkan hormon.

Tapi apakan daya. Otakku yang masih belum boleh berfikir secara waras gara2 peristiwa kemarin yang membuat aku hilang mood mahu pergi kelas dan menyiapkan beberapa assingment tergendala, segala pelan berantakkan. HUH! Next time saja novel2, majalah2 dan Al-KITAB LAWAK KAMPUS! Simbut sala KFC (cara orang Sabah mengelakkan daripada kempunan).

No comments: