Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Kadang2 hidup kita berada di atas. Melambung di langit yang tinggi. Bermegah dan bangga diri. Tetapi sesaat kita boleh berada di bawah. Jijik dan hina apabila di pandang. Takut dan berserah kepadanya.
Ayat diatas hanya pembukaan sahaja. Tiada kena mengena pun dengan tajuk dan entri yang hendak disampaikan.
Semalam, masa diantara selepas balik dari kolej dan sebelum menunjukkan diri di alam maya, hiruk pikuk mengalahkan pasar tani akibat pertengkaran yang berlaku diantara 3 kepala otak yang berbeza dan masing2 mengajukan hujah tentang AKU TAKKAN MENANGIS DENGAN BENDA KARUT MAHU MAMPUS SEPERTI MENANGIS KERANA SEORANG LELAKI BODOH! Kaum lelaki, jangan ambil hati sangat ye~
Memang di antara semua kawan2 yang mengenali diri memang mereka akan cakap, "Si Zila? Dia takkan menangis punya." Bukan memandai cakap macam tu. Kalau kenali aku memang kamu orang pun mesti cakap benda yang sama.
Perasaan kuat aku ini mungkin aku warisi dari Puan J yang sememangnya wanita terkuat sepanjang zaman. Poligami itu baginya memeritkan tapi dia percaya satu benda. Allah ada rancangan lain untuknya. Biar bukan didunia. Akhirat itu yang memang pasti dia empunya.
Seperti juga aku. Hati wanita mana yang tidak sakit oleh lelaki yang sememangnya sangat2 disayangi dan akhirnya mengundurkan diri dan pergi bersama orang lain. Kadang2 terfikir mahu membunuh juga. Ala, macam ayat2 sinetron tu "Kalau gue ngak dapat, takkan shiapa2 pun dapat dia juga" Uwaa, pandai gila aku cakap Indon ya. Well, ada betulnya juga buat macam tu. Untuk hukuman kepada mereka yang berlaku curang. Tapi berbaloikah menghukum orang? Rasa2nya bukan lelaki itu yang bongok, tapi diri sendiri.
Tak salah wahai wanita kau berfikir positif dan menganggap itu cuma dugaan oleh Allah untuk kau menjadi lebih mengerti hidup yang sememang yang seronok. Percayalah, Allah ada rancangan lain untuk kita. Segala apa yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya. Okay, Aku percaya benda "hukum karma".
Aku rasa memang semua pun memang tahu tentang hukum karma itu. Benda yang kita buat jahat, kita akan dibalas jahat. Kalau kita buat baik kita di balas baik. Dan menyokong pendapat aku ini, Lelaki bodoh yang tinggalkan aku dan pergi curang dengan perempuan lain itu akhirnya terjebak dengan benda2 yang menyimpang dengan agama. Drugs and alcohol itu kawan2nya sekarang. Syukur alhamdulillah jugalah aku tak terjebak sama. Dan Walaupun macam begitu, aku simpati juga dengan keluarga dia yang aku kenali dan sememangnya dari orang yang baik2. Tapi tak tahu juga kenapa dia menjadi macam begitu. *sigh
Well, itu cerita lama. Memang sakit kalau di ingati semula. Tapi jadikan itu sebagai pengajaran. Itulah akibatnya mengecewakan hati seorang insan yang suci dan tulus mencintainya. Ececehhh. pandai pulak aku bermadah. Tukar namalah jadi minah jiwang.
Tapi, walau bagaimana pun aku tetap doakan dia keluar dari jalan gelita itu sebelum terlambat. Kerana dia insan yang pernah bertahta di hati ini. Kerana dia manusia yang pernah membuatku gembira ketawa dan menangis sedih. Kerana dia saudara seagama yang pernah kucintai atas niat Allah taala. Kerana dia jugalah pernah aku berniat untuk membatalkan air sembayang ku hanya untuknya. Walau aku tahu semua itu sudah berakhir tapi aku seorang yang kuat. Dia adalah masa lampau ku dan ku simpan segala yang telah aku baiki setelah bersamanya untuk "dia"yang menjadi masa hadapanku.
Well, kepada dua orang yang bertekak dengan aku semalam, aku harap kamu orang tahu isi hati aku sebenarnya apa. Kamu masih muda dan banyak benda yang perlu kamu faham didunia ini. Hiasi dengan kegembiraan dan bukan kerana kesedihan. Life's too short, enjoy it while you can.
Dengan itu, Wasalam~
[zila tsugi]
No comments:
Post a Comment