"Meggi tak sedap! Menyesal beli!"
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Pernahkah anda menuturkan ayat di atas? Macam pernahkan? Mesti pernah. Walaupun bukan meggi. Mesti pernah untuk air minuman, pensel, cupcake atau mungkin minyak wangi. Hahaha~
Actually, this fine evening makes me wanna write something. I don't too sure but just feel want to write something. *sigh. Okay, oleh sebab akhir2 ini aku selalu mimpi yang bukan2, aku mahu cerita pasal mimpilah. Pada yang sudi berkongsi cerita tentang mimpi, sebentar ya. Aku dulu yang cerita!
Orang cakap, mimpi itu mainan tidur. Jangan dipercaya sangat. Kalau dipercaya, jadi syirik. Aku dengar dari dialog2 drama melayu bah. Okay, itu satu hal. Satu hal lagi, Nabi2 atau rasul2 yang dulu dan juga mungkin raja2 kita yang dulu kalau bermimpi yang bukan2 mesti ada saja yang terjadi. So? Macam mana itu?
Okay, tak mahu cerita pasal mimpi sultan segala. Aku cerita pasal mimpi aku. Semalam aku mimpi aku jual kuda. Hahaha! Pelik kan? Tapi aku tak rasa pelik pun. Minggu yang lepas kalau tak silap aku mimpi hantu pocong pijak muka aku. Aku mimpi lagi aku berak biji durian sedangkan akulah manusia yang paling tak suka makan durian. Hahaha! Sekali lagi, PELIK!
Puan J pernah bilang, kalau mimpi macam begitu, hambur beras di luar beranda rumah. Ish, tak mahulah aku. Kot2, kena cakap kita orang bela hantu raya. Lagipun aku ada confuse sikit dengan cara Puan J tu. Yalahkan, Puan J masih terikut dengan benda karut dulu2. Kalau sekarang ni kau buat macam tu, mungkin boleh kena tangkap dengan Majlis Agama Islam.
Kalau sudah mimpi tu dan bangun dari tidur, mulalah aku bercerita dengan budak2 serumah aku. Ada yang percaya tapi buat2 tak kisah. Ada mengejek cakap aku ni kena histeria. Ada jugalah yang risau sampai bagi nasihat. Mungkin sebab aku kerap bermimpi yang bukan2. Tapi soalannya disini, kenapa hanya aku sahaja? Kenapa bukan orang lain juga terlibat sama?
Sebelum tidur memang akan cuci kaki dan berus gigi dan baca doa tidur, Al-Fatihah dan Surah2 3 Qul itu dan tidak kelupaan membaca 3 kali Khalimah Shahadat. Tapi still boleh mimpi benda yang ngeri macam muka kena pijak dek hantu pocong. Aduh. *sigh. Kenapa syaitan ni-rajim stil mahu ganggu aku? Sedangkan aku ni kira suci time tidur? Mungkinkah tajwid atau harakat yang aku baca tidak tepat dan tidak cukup? *sigh
Aku ada cuba juga cara untuk tidur yang baik dan mimpi yang indah. Orang kata kalau mahu tidur nyenyak, kena tidur time2 mata memang error. Maksudnya tidur setelah mengantuk. Sudah dicuba tapi masih lagi bermimpi yang bukan2. Okay, untuk pengetahuan semua orang, Memang setiap malam aku bermimpi. Tapi 90% daripadanya aku tidak ingat.
Mungkin selepas ini aku mahu hantukkan kepala di dinding supaya boleh tidur lena. Mungkin cara ini yang paling berkesan. Hahaha! Just joking. Takkanlah aku mahu buat kerja bodoh macam itu. Mungkin aku kena biasakan diri dengan bermimpi setiap malam. Tak kiralah apa kesan sampingannya nanti.
Okay, pada yang ada cara untuk tidur aman selain cara2 di atas, sila bagitahu aku, okay? Nanti aku sponsor cokelat. Biskut cokelat Oreo. Hehehe!
Until Then, Wasalam
[zila tsugi]
No comments:
Post a Comment