Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Tidak lain dan tidak bukan pada hari isnin saja mesti bosan. Samada bekerja, belajar ataupun duduk di rumah memang sama saja perasaan itu. Aku pernah lalui semua perasaan tersebut.
Well, bercakap pasal perasaan. Baru aku perasaan yang aku memang mahu update entry pasal perasaan semasa menyaksikan keindahan alam seperti ini:
*sorry, Kriss. Aku pinjam pic kau.
Fokus pada background dia bukan dia. Orang ini belum berpunya. Hehe, aku siap prommot lagi. Cantikkan? Pernah tengok these amazing thing? Sebenarnya kalau described feeling yang ada pada aku masa itu memang banyak sangat. Macam feeling orang jatuh cinta. Feeling dengan abang farmasi. Tapi bukan dengan orang yang ada dalam gambar tersebut, dengan tempat itu. Sempat aku memuji ciptaan Allah. Memang terbaik. Percaya atau tidak, melihat saja air yang mencurah itu boleh menimbukan perasaan tenang yang melampau. Hebat! Memang hebat!
Okay, cuba bayangkan aku tinggal kat situ. Mesti hari2 aku mandi air terjun saja. Lepas tu, hari2 aku demam. Sumpah gila sejuk siot air dia. Meresap hingga ke tulang. Entah kenapa kawan2 aku boleh mandi2 kat situ sedangkan air dia memang sejuk. Aku sumpah, aku tak pegang air. Aku cuma rendam kaki sebab aku memang tahu air dia sejuk. Dah berapa kali aku ulang air sejuk ni? Sungguhpun begitu, akibat kaki aku yang mempunyai banyak lemak yang berfungsi sebagai penebat suhu yang sejuk, aku cuba memegang air tersebut dan menyapukan pada muka. Teka apa yang jadi? Orang asli di Banjaran Croker dengar suara aku dengan jelas. Menjerit sekuat hati akibat kesejukkan yang melampau!
*Ni memang aku punya kaki
Orang asli? Macam mana orang asli memasak makanan mereka? Dengan apilah. takkanlah dengan hot plate. Tahukah anda bahawa api memang cukup susah untuk dinyalakan. Memang sangat2 susah untuk dinyalakan. Kalau budak2 bandar memang tak tahu pun. Apalagi kalau diaorang lahir selepas mancis gas dicipta. Tahu2 mancis kayu pun tak tahu macam mana mahu guna. Sorry, tapi hakikat memang macam tu. Jangan ambil tau. Tesis~
Hampir dua jam berpeluh2, tangan menjadi hitam dan agak melecur tapi api tak hidup2 juga. Memang menyakitkan hati kalau penat2 kita buat tapi tak menjadi. Biarpun ada beberapa kepala otak bercampur memikirkan bagaimana api dihidupkan, namun gagal. Well, sabar itu tiada lawannya. Kerana sabar kami berjaya menghidupkan api. Berkat usaha beberapa orang kawan yang phrihatin akibat api yang tidak hidup2, mereka iktihar mencari ranting2 kayu yang kecil. Dan akhirnya, api dapat dihidupkan. Sure one thing, I still wondering this. Amacam orang dulu2 boleh survive sedangkan susah mahu dapatkan api? Sedangkan api itu sangat penting untuk menghalau binatang buas dalam hutan dan mengekalkan suhu badan yang optimum? Amacam?
Memang kalau dibandingkan dulu dan sekarang orang sekarang memang pemalas. Aku tak kata aku terkecuali. Kalau dulu2 makanan, pakaian, tempat tinggal semua diaorang cari. Tanpa mengeluh dan selalu rasa bersyukur. Kalau sekarang, tak payah mahu berjalan lagi, Buka lappy dan beli online. Memang senang. Tapi memang pemalas. Aku tak cakap kamu orang. Aku mengatakan diri sendiri.
Tapi tak apalah, itu dari diri masing2. Biar tuhan menilainya, aku tak ada hak mahu cakap. Lagipun aku sama juga.
So, Hadiah yang aku dapat hari tu dari si Marsi memang terbaik.
*the present
Tak berapa jelas. Macam buku album pun ada juga. But, it is a diary. Diary yang mempunyai gambar kucing berwarna hitam. My fav! Dalam dia lagi-lagi-lagi cute. Haha~ Aku belum tulis apa2. Well, InsyaAllah aku mulai menulis selepas aku genap 21 tahun 14 mac nanti. Doakan aku cepat matang ya. Tengok muka aku macam budak sekolah rendah saja. Syukur aku belum tua lagi. Muka pun masih muda lagi. Hehehe.
"The best part of this trip is our happiness."
Sentence di atas adalah dari Dr. Lo. Dia sebagai mentor memang happylah sebab kami pun happy. Dia siap tanya dengan kami lagi mahu pergi mana lepas ini? Banyak orang "put a comment" tapi yang paling aku senang sikit dengar di Simpang Mengayau, Kudat. Seindah Pulau Jeju, Korea. Percaya atau tidak? Aku tak tahu sebab aku belum pernah sampai lagi disana. Well, InsyaAllah maybe next trip pergi sana. Hehe.
So, Entry yang sangat panjang, membosankan tapi banyak pengajaran. Kalau tak ada pengajaran, buat2lah ada pengajaran. Well, kira yang ada pengajaran itu, ambil iktibarlah. Memang kalau disimpulkan disini, ciptaan Allah memang terbaik! Sabah juga terbaik. Hehe.
Dengan itu, Wasalam and so long~
[zila tsugi]
No comments:
Post a Comment