Saturday, 10 March 2012

Saya memang seorang penulis~

Cuaca agak mendung sedikit, nasib baik aku tak ada aktiviti luar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Semakin hari semakin aku menjadi lebih aktif. Aktif akibat banyak benda yang harus dilaksanakan. Homework, presentation and all stuff yang mesti dibereskan sebelum deadline dia. Aku juga sibuk menguruskan diri sendiri dan orang sekelilingku. Nampaknya aku agak diperlukan dalam banyak aktiviti. Tanpa aku, dunia takkan berputar seperti biasa. Ececehhh...

Well, satu benda yang boleh buat aku rasa macam tak sedap hati dan agak janggal kalau tak buat. Its not about online in Facebook or browser internet. Bukan juga pasal makan udang galah yang masih fresh dan dibakar atas api. Dan juga bukan pasal berfikir pasal handphone aku yang collapse acapkali aku menaip mesej panjang sebab mau save prepaid. Dan bukan juga pasal Abang Farmasi yang sudah lama aku rindui tapi oleh kerana posting nun jauh disana. Its about my writing. Yes. Aku seorang penulis.

Sometimes, kalau aku rasa boring yang memanjang. Atau sedih sebab duit di bank aku kering. Atau sedih sebab aku tak dapat makan burger Abang Lan (penjual burger yang agak selalu mengambil cuti kecemasan dan membiarkan gerai burgernya tutup). Atau idea yang melimpah ruah yang tidak tahu dimana lagi hendak ditadahkan. Aku akan menulis sekurang2nya, 7 atau 8 muka surat full dalam masa 30 minit.(jangan percaya sangat minit itu) Taklah hebat sangat. Tapi, Kawan serumah aku kata aku hebat. Hahaha.

Hidup bukannya senang sangat. Konsep dia memang susah. Banyak benda yang membataskan kita supaya memperolehi sesuatu itu. Macam menulis. Aku suka menulis tapi ada batasannya. Idea yang tiada, masa yang cemburu dan nafsu kepada benda lain. Ini musuh aku kalau aku ada mood menulis.

Idea tiada umpama kita berjalan tanpa arah tuju. Memang macam orang bongokx hilang dalam orang ramai. Idea memang sangat penting. Tanyalah sesiapa sahaja yang suka menulis terutamanya penulis. Kalau tak ada idea macam mana nak sambungkan lakaran plot2 pada sesebuah bab dan seterusnya bab2 yang lain. Adehh. Itu mungkin semua orang tahu. Tapi most of the important part, kalau tak ada idea, mood akan hilang. (aku cakap berbalik2 ke?)

Aku paling tak suka kalau aku baru saja start menulis sebab ada idea yang mencurah2 ke ladang gandum tetapi tiba2 ada mesej

         jam sekian ada kelas, tolong hadirkan diri


Bukan aku menyampah sebab kelas ada tapi aku menyampah dengan diri aku sendiri sebab tak tengok jadual kelas baru menulis. Dan palinglah aku tak suka kalau aku teringat baju aku dalam bilik air umpama Gunung Kinabalu. Kalau tak cuci confirm E.coli membiak. Tak payah nak buat bacteria culture.

Nafsu kepada benda lain ini agak dapat dimaafkan. Ini atas diri sendiri juga. Aku sememangnya tak suka duduk diam. Ada saja perjalanan yang akan aku tempuhi. Maksud aku disini, berjalan ke tempat yang memberikan faedah seperti kedai buku, K-Box, tengok wayang, bersenam dan beriadah bersama teman2. Agak boleh dimaafkan?

Anyway, ignored all the things that I've been mentioned. Tujuan aku menulis sebenarnya, aku mahu mencari duit lebih. Oleh kerana En. D , Abang Man and Abang Fen pernah melarang keras dengan aku supaya jangan pernah mencari kerja, bekerja atau berkerja part-time lebih2 lagi full time, aku mencari inisiatif lain supaya boleh bekerja tetapi tidak merasa bekerja sepenuhnya.

Oleh kerana, minatku yang suka suka suka suka suka dan suka sangat menulis so, aku ambil peluang ini untuk cuba untuk menulis. Well, agak janggal memberitahu disini sebab nanti orang cakap aku over pulak. Macamlah pandai sangat. Macamlah penulis novel. Tapi akibat hati yang membuak-buak ingin berkongsikan berita yang agak meluatkan ini, aku mengabaikan segala kutukan orang mahupun segala cacian dan niataan orang terhadap aku. Hahaha. (sumpah, sangat2 over)

Salah satu penulisan aku adalah yang bertajuk SAYA OBRI. Tajuk yang agak buruk tapi, aku mahu tanyalah, bolehkah seorang penjenayah maksud aku membunuh upahan bertaraf dunia bersama dengan penegak keadilan(its police)? Confuse.

Inilah terjadi ada Saya Obri dan Inspektor Haziq. Kerana penipuan, mereka terjatuh cinta. Mm, agak macam drama melayu pulak. Well, bagi aku, taklah. pemikiran aku lebih tinggi dari penulis skrip or pengarah filem drama melayu. (bangga-bangga-bangga) Tapi, Malaysia still the best bah!!

So, kalau ada kelapangan aku akan copy and paste dibelog supaya semuanya boleh membaca. Tapi bukan sekarang. Ada masanya.




                            "Lalu, aku berjalan semula ke depan almari yang sarat dengan baju-baju penyamaran. Tanpa berfikir panjang. Aku mengambil baju berwarna hitam tersebut. Baju yang menutup aurat ini akan aku pasangkan dengan skirt labuh berwarna merah dan selendang berwarna merah. Aku juga akan mengenakan but yang bertumit tiga inci tinggi. Memang sengaja aku menggoda Haziq malam ini. Aku mahu dia jatuh cinta dengan aku sebelum nafas dia terhenti."




*Sedutan daripada salah satu bab. Memang agak gedik sedikit Saya ni.

Okay, rasa macam sudah terlalu lama aku menghadap terang benderang sehinggakan mata aku menjadi sangat sepet dan berair. So, aku rasa aku nak berhenti sampai sini sajalah dulu. Next time aku update pasal semua perasaan yang terwujud time di Tambunan. So, so long all.

Wasalamm...
[zila tsugi]

No comments: