Tuesday 13 August 2013

Baru muncul. Kemana?

Assalamualaikum!

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Lama aku tidak muncul. menghilang tanpa berita. hilang tanpa jejak. *ceh, ayat tu bah.

Setahun aku rasa aku tidak hapdet apa2. besar juga mau hapdet blog tapi apakan daya, masa tiada. okay, jangan sedih2 lagi. sekarang sudah muncul dengan wajah yang penuh dengan pesona.

Aku sudah tidak belajar lagi. ini keputusan yang aku ambil yang betul2 aku rasa tidak menyesal. yalah, tahu juga yang pelajaran tu penting tapi baru2 tu sampai surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia bahawasanya aku telah mendapat posisi kerani sekolah. ianya bukan pekerjaan yang glamour. tapi aku at least aku apply bukan guna diploma degree segala. aku guna SPM jak. punyalah aku bersyukur betul dengan rezeki yang Allah bagi.

Memanglah pekerjaan kerani ni tu tidak glamour. gaji pun cukup2 makan saja. tapi memandangkan kita di Malaysia ini ada satu sikap yang sukar ditepis terutamanya anak muda seperti aku yang berkebolehan menulis, membaca, dan mempunyai bakat terpendam seperti menyanyi dll iaitu memilih kerjaya. dulu2 sebelum dapat kerja ni pun, memang aku bercadang juga selepas habis diploma tu manalah aku mau kerja macam kerani ni. sayang tau belajar macam mau gila tapi kerja ini saja yang dapat. tapi setelah aku berfikir baik sebaik yang mungkin, mana kita cari majikan yang penuh dengan bonus + gov. loan + cuti tahunan 21 hari ++ ini?

Okay, aku sekarang berkhidmat di kampung aku juga. Di Beluran. Ianya pedalaman. memang pedalaman betul. line internet susah dapat disini. aku hapdet blog guna line internet sekolah. *sponsor tau. tapi pedalaman yang kaya dengan elaun. hahaha. aku tidak mau cakaplah. sendiri pikirlah. kata abangku, duit yang beribu2 itu simpan, di beluran ni mana susah makan. ikan pergi pancing di sungai saja suda dapat. mau sayur, tidak payah pergi pekan membeli. ada sayur pucuk ubi tu boleh makan sudah. see, betapa bahagianya hidupku. cukuplah sekadar beli baju untuk kerja dan jalan2.

Tulah, kata En.Bapa, lain orang lain nasibnya. biarpun tidak habis pengajian, tapi dapat kerja sudah. nanti 5 tahun akan datang boleh sambung belajar. Anty aku pun cakap benda yang sama. Syukurlah dapat kerja sudah.

Okay, janggal betul lama tidak menulis. ayat pun berterabur. Hehehe.Dan dengan itu, dengan rasminya saya akan menghapdate belog2 mulai dari entri ini. aku juga akan menulis beberapa cerita dari Saya Obri. and yang the latest, aku berjinak-jinak ingin menulis cerita tentang zombie. tengoklah macam mana. takut sama dengan cerita zombie yang lain2. support me okay.

sekian ini saja. terima kasih ^^

Zila D. Tsugi.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.