Tuesday, 14 February 2012

Malaysia The Best Ever!

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Well, biasalah kalau tak ada kelas confirm merayau pergi mana2 tempat yang best. Apa lagi kalau ada "benda" yang boleh menukarkan dengan segala buku dan barangan sekolah yang lain yang kita mahu. Umpama ada diskaun serendah 100%. Whoa! macam mimpi jadi kenyataan. Macam impian jadi realiti. "benda" yang dimaksudkan adalah boucher buku 1 Malaysia. Siapa dapat? Cuba tunjuk muka bangga sedikit.

Actually, memang sudah lama pun boucher buku tu ada. Sebelum Tahun Baru Cina lagi. Tapi sengaja baru mentioned sekarang sebab baru ada rasa nak menghabiskan benda bernilai tapi dengan syarat hanya beli peralatan yang berkaitan dengan pelajaran sahaja. Iya kah?

Semalam, dengan adrenalin yang membuak2 untuk keluar, maka dengan rasa yakinnya kami ke uptown berhasrat untuk menukar boucher tersebut. Dan, sengaja memilih masa tengah hari sebab, masa itulah kedai2 buku yang berhampiran lengang.

*tengah membelek novel Ramlie Awang Mursyid

*no komen

Setelah penat lelah berkeliaran mencari buku yang mana menjadi pujaan hati, akhirnya aku memilih menukarkan boucher itu dengan 5 novel yang memang aku mahu abadikan untuk simpanan aku sendiri.

*9 nyawa, hatiku di harajuku, panggil aku najiha, zombijaya dan yakjuj&makjuj

Novel 9 Nyawa dan Hatiku Di Harajuku itu memang telah pernah dibaca tetapi, oleh kerana ini antara kegemaran aku, dan aku pun mahu mengabadikan mereka berdua ini di antara koleksi benda2 terbaik pernah aku beli selain kalkolator saintifik dan sun glasses. So, yang Zombijaya itu pulak, aku memang seorang yang obses dengan cerita zombi. So, why not belikan? At least memang suka dan berminat. Yakjuj & Makjuj itu pulak, memang berbaloilah untuk insaf sebentar. Manusia paling terganas didunia yang diceritakan bahawa bangsa mereka ini dikurung oleh Alexander The Great. Tapi tak tahu betul atau tak. Harap soalan itu terjawab selepas membacanya nanti. Panggil Namaku Najiha pulak, aku belum ada idea apa jalan ceritanya. Well, nanti aku cerita kalau dah baca, okay?


*extra

Dan, lepas menghabiskan boucher tersebut, kami mengambil keputusan untuk menonton wayang. Hantu Dalam Botol Kicap tajuk wayang tersebut. Tak ramai dalam panggung sebabnya? Kami pun tak tahu kenapa. Mungkin sudah habis publisiti kot. Tapi tak mengapa, cerita dia memang best and happening. Kitaorang sepanggung jadi famili berketawaan sakan. Hehehe.

Dan setelah sedar, akhirnya malam sudah. Penat campur seronok jugalah jalan merayau. 

*sucinya muka kalau penat

*raining posing

And as usually, memang minta ambil dengan Uncle Mark pun. Memang dialah the best driver for kitaorang. biarpun penat, dia tetap mahu ambil kita orang depan Center Point. Well, thanks Uncle Mark.


*beg buruk yang pelbagai kenangan. Doreamon bagi aku.

Sure for one thing. Jangan ikut macam yang langsung tidak menggunakan boucher tersebut. Sebenarnya, aku suda gunakan RM75.30 untuk membeli benda2 peralatan untuk menulis segala. Jangan risau. Bukti memang tiada tapi aku pengguna yang berhemah dan bijak. Hehehe.

Akhir kata, Kerajaan Malaysia memang terbaik. Semua lapisan umur dapat apa yang berhak di dapat sebagai rakyat Malaysia. Syukur untukNya sudah pasti. 

And, until then. Wasalam..

1 comment:

Ezwan Amrin said...

Hatiku di Harujuku best! 1 of my fav novel.... :)