Tiba2 ingat pulak masa sekolah dulu2.
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Aku bukanlah anak yang senakal alam time kecik2. Aku budak baik dan sangat manja. (ceh!) Okay, ini mahu cerita pasal masa lalu aku. Okay, Imbas kembali~
Time Tadika atau kindergarten bilang orang putih, akulah budak yang paling tidak suka pergi sekolah. Benci sangat pergi sekolah sebab kenapa? Sebab aku lebih suka duduk dirumah tengok kartun Looney Tunes dan kartun2 yang setarafnya. En. D memang naik gila dengan aku sebab aku saja anaknya yang tidak suka pergi sekolah. Aku masih ingat lagi alasan aku tak mahu pergi sekolah. Aku cakap yang kawan2 aku cakap aku ini tak ada pensel. Lepas tu, En. D dengan prihatinnya membelikan aku pensel warna yang harga RM 1.20. Dulu2 ada tau pensel warna semurah ini. Sedangkan sekarang ini paling murah pun pensel warna harga RM4.50 itu pun kalau patah sekali lebih baik buang daripada jadi pusaka.
Lepas tu aku pergilah sekolah macam biasa. Tapi sampai sekolah, kawan aku yang seorang ini dia minta pujilah dekat aku. Dia tunjuk2 warna karyon dia yang bapa dia beli di bandar. (aku tak ingat siapa budak bertuah ni) Aku ni, bukan main jeles lagi tengok warna karyon dia sebab warna dia terang. pensel warna aku yang ada tulis Made In China. Balik saja haritu aku terus cakap dengan En. D yang warna aku tak bagus Aku mahu warna karyon sebab warna karyon tu bagus, warna terang. Nanti cikgu boleh puji kalau warna cantik2. Dan sekali lagi En. D cepat2 pergi kedai yang berdekatan mencari warna karyon untuk memujukku untuk kesekolah semula.
Tapi memandangkan kawasan tempat tinggal kami tu, di luar bandar, maka karyon yang dicari tiada. Aku mulai start nangis sampai cakap dengan En. D aku tak mahu pergi sekolah sudah. Aku mahu duduk rumah saja. Abang2 aku sudah start mengamuk. Dia orang mulailah cakap yang aku ni anak derhaka. Bodoh. Pemalas. Tapi aku rileks saja time tu sebab, Aku ada pertahanan yang kuat, Puan J.
"Nanti bapa belikan kalau bapa ambil gaji di bandar nanti. Sementara tu, pergilah sekolah dulu. Pakai apa yang ada saja."
Kalau tak silap, En. D memujuk aku menggunakan perkataan ini. Tapi aku degil. Berkeras juga tak mahu. Tahulah kan budak2, cepat tersentuh kalau apa yang diingini tak dapat. Macam jugalah aku. Bagi aku, karyon tu adalah sebab yang munasabah kawan2 aku di sekolah akan berkawan rapat dengan aku. Kalau aku tiada, aku rasa macam disisihkan. Dan mulailah aku hilang keyakinan diri. Rasa macam tiada kawan. Apatah lagi tempat tinggal aku tak ada kawan yang sebaya dengan aku. Paling dekat pun, berumur sepuluh tahun. Itupun lelaki. Memang trauma gilalah kalau tak ada kawan apatah lagi definisi sekolah itu bagi aku ialag tempat berjumpa dengan kawan2. Memang gila!
Kalau aku kembali pada masa itu dengan umur begini dan menyaksikan semula perkara itu berlaku, aku fahami situasi En.D. Sudahlah Anak pertama dia sedang belajar di bandar di tempat adik iparnya. Kos sara hidup dulu2 tak semudah sekarang. Sekarang kerajaan boleh bantu kalau kamu ni bijak pandai. Kalau dulu2 kebanyakkan orang tak teruskan pelajaran akibat tak ada duit. Kalau sekarang yuran PMR, SPM dan STPM semua dimansuhkan. Kalau dulu2, orang dulu2 sajalah yang tahu. Okay, berbalik dengan anak pertama En. D itu, tahulah kan orang tinggal di bandar ini. Kena ada belanja yang mencukupi untuk sebulan. Aku ingat En.D dia bagi duit poket dengan abang aku tu RM 50 dan beras 30 kilo untuk Auntie aku yang jaga dia time dia belajar di bandar. Rasa terbebanlah juga sebab gaji En.D dulu kalau tak silap, hanya RM300 sahaja. Memang payah. Mana mahu pikir pasal anak pertama, anak kedua dan anak "bertuah" yang tak mahu pergi sekolah.
Puas En.D dan Puan J pergi pujuk aku, tapi masih degil dan tak mahu langsung memakai baju sekolah. Time tu, memang jahil. Aku sempat pikir "Walau aku dipukul sekali pun aku tetap tak mahu pergi sekolah." Aku hiasi hari2 aku menonton rancangan kegemaran ku iaitu kartun looney tunes atau pasang video kartun Alice In Wonderland atau Pocohontas.
Sampai hujung bulan itu. suatu petang yang damai. Sedang aku membuat rumah2 menggunakan rumput2 kering di kawasan yang lapang di depan rumah aku. Kereta proton saga kelabu milik En.D telah pun sampai di perkarangan rumah. Cepat2 aku berlari untuk mengetahui apa yang dibawa pulang oleh En.D.
"Bapa, ada beli krayon kah?" Aku cakap.
"Tiada, sebab minggu depan kamu cuti itu." En. D cakap.
"Tapi minggu depan2nya lagi ada sekolah kan? Kenapa tidak beli?" Aku cakap.
"Sebab itu bapa bawa abang kau balik untuk ajar kau mewarna." En. D cakap
Dunia ku menjadi gelap gulita melihat sekujur badan yang sedang melihat ku tajam. Aku kenal siapa dia. Dia adalah anak lelaki En.D yang pertama a.k.a abang pertama aku. Mulai hari itu aku mulai mewarna pakai pensel warna yang dibeli dengan harga RM1.20 itu. Dan aku juga kembali bersekolah setelah abang aku pergi cuci bersih hati aku yang degil ini. memang thriller gila kalau ingat macam mana dia pergi pukul aku guna rotan. En.D dan Puan J rileks saja. Dia orang siap boleh pergi jalan di Pekan tinggalkan aku dengan abang aku.
p/s : dulu2 sajalah aku takut dengan abang aku. sekarang tidak sudah. siap boleh lawan main dota lagi. hahaha!
Bah, sebenarnya, panjang lagi ceritanya ini. Tapi lain entri aku sambung semula. Okay. Aku harap kamu orang ambil iktibar dari entri kali ini. Jangan mensia2kan pelajaranmu kerana benda yang tak patut untuk pelajaranmu.
Until then, Wasalam.
[zila tsugi]
1 comment:
hhahaha... betul2 mcm betul3..hehe
Post a Comment