Friday, 10 February 2012

This time, ada maaf bagi mu!

Selama aku hidup ini, tak pernah sekali pun aku terasa menyesal gila sampai berguling2 menangis dan tak dapat diperkatakan. Ianya memang so stupid and such an annoying things!

So, sorry. Assalamulaikum dan selamat malam.

Dendam kesumatku belum habis lagi. Masih berbakul2 yang belum terjual. Dari malam kelmarin aku rasa macam mau menyepak dan menendang perut seseorang. Atau lebih common lagi, menampar pipi gebu seseorang. Aku harap itu sudah cukup membuatkan hati ku tenang untuk seketika.

Rasa marah dan kecewa sangat ini disebabkan satu peristiwa yang mungkin aku terjebak kerana terpaksa atau sememangnya aku masih tidak dapat berfikir yang mana buruk atau yang baik. Shammed on you, Zila! Pergi cepat hantukkan kepala kau kat dinding sampai keluar Hemoglobulin kau itu! Marah dengan diri sendiri, rajuk dan pandai juga memujuk diri sendiri akhirnya.

Well, sesiapa yang mengenali aku memang sememangnya aku suka gila berkawan dengan sesiapa saja. Memang lumrah pun. Kalau tak kawan memang bukan manusialah jawabnya. Tapi, aku ini manusia yang agak pelik sedikit. Suka berkawan dan sanggup berbuat apa sahaja untuk kawan kerana atas dasar prinsip "kawan adalah keluarga" walau apa pun kena tolong kawan! But, seriously, aku memang tak sangka akan berjumpa kawan yang sanggup suruh aku menipu pada whole family'nya sebab atas dasar nafsu dia sendiri. I mean, kawan jenis apa dia ini? Aku ini kawan kategori apa pulak?

And, yes! aku menipu untuk dia yang bergelar kawan. Menipu orang yang lebih tua dan menolong dia melakukan dosa!

Astaghfirullah al-Hazim!

And, yes! Aku sangat2 rasa bersalah yang sangat menebal dan menyesal melakukan kesilapan dan dosa ini. Dan sekarang, ini mungkin adalah balasan dari ALLAH, menyerabutkan fikiran ku dan tidak menenteramkan jiwaku.

Menyesal tak guna. Kalaulah mungkin masa boleh diundur semula, aku janji benda menipu ini aku fikir dalam2. Yalah, aku bukannya juga jujur 100% but, kalau setakat bercakap jujur itu aku tak keberatan.

Berdoa dan tawakal. Itu ubatku sekarang. Moga2 apa yang terjadi akan datang, ALLAH akan membantuku dan menemaniku. And kepada kawan tersebut, aku doakan kau akan bertaubat. Kau jadikan apa yang terjadi kepada kau sekarang sebagai kenangan pahit supaya kau berusaha untuk berubah dari penyakit menipu dan mengajak orang menipu. Tapi ketahuilah, Saat ini aku maafkan kau. Tapi belum tentu lain hari.


[zila tsugi]

No comments: